top of page

DELICC diusaha oleh Diago Chieng Hoe Ming dan Ng Khai Chian. Idea perniagaan ini dicetus oleh Diago Chieng Hoe Ming yang mempunyai hasrat untuk menbuka sebuah kedai pencuci mulut. Beliau sangat berminat untuk mencuba semua pencuci mulut dan minuman yang terdapat di semua tempat. Oleh itu, beliau pernah bekerja di pelbagai kedai pencuci mulut untuk mengambil kesempatan merasai semua pencuci mulut dan minuman yang dijual. Selain itu, beliau juga dapat mengambil peluang untuk mengetahui resipi dan cara untuk membuat pencuci mulut dan minuman tersebut. Antara kedai yang beliau pernah bekerja adalah Secret Recipe, Mykori Dessert Café, The Alley, Bingsu 9 Korean Dessert Café dan sebagainya.  Walaupun beliau bekerja di kedai tersebut tidak lama, tetapi beliau menpunyai pelbagai pengalaman tentang cara membuat pencuci mulut mengikut kebanyakan citarasa pelanggan.

Antara produk yang dijual oleh DELICC adalah Sakura Fizz, Bubble Milk Tea, Curry Fish Ball dan sebagainya. Antara Sakura Fizz, Bubble Milk Tea, dan Curry Fish Ball adalah produk yang dibuat dengan resipi dan cara sendiri. Selain daripada menjual di gerai, DELICC juga menerima tempahan daripada laman sesawang atau Facebook page sendiri. Hal ini memudahkan pelanggan untuk menempah makanan dan minuman mereka pada bila-bila masa sahaja. Ini juga memudahkan DELICC untuk mendapatkan tempahan yang tepat dan tidak akan membazir bahan mereka.

  • Facebook Social Icon
  • Instagram

© 2023 by Marketing Inc. Proudly created with Wix.com

bottom of page